Sunday, April 27, 2014

termenung di petang magrib

Hari ni aku termenung memikir sesuatu yang entah apa akan berlaku selepas ini . bukanlah aku nak mencari yang lain . tapi hati aku terikat dengan perwatakan kau wahai sahabat . nak dilepas sayang . nak dijaga entah bila jodohnya . kau buat aku serasi bila bersama . tak pernah terlintas dalam otak nak cari gadis lain selain kau . tapi jika satu hari nanti kau sudah berjumpa yang serasi . tolong lupakan aku . usah kau mencari aku . aku mungkin tak kuat nak melayan perasaan cemburu itu kelak .

Tuesday, April 22, 2014

if tomorrow never comes .

aku terasa bosan , aku terasa sunyi pada hari ini . aku mencari apa yang menjadi penyebab penyakit ini muncul tiba-tiba dalam diri ini . mungkin semalam aku dipenuhi dengan aktiviti dari pagi hingga ke petang . namun hari ini , aku cuma terperuk didalam bilik dan tidur . ya allah , kenapa aku jadi begini . atas sebab apa aku jadi begini . bila aku bertanya pada seorang rakan ku , dia menjawab 
kau perlukan seseorang ni ..
aku hanya mampu gelak kerana aku pun tak tahu adakah aku memerlukan seseorang atau pun tidak . aku bidas apa yang dikatakan tadi dengan
seseorang ? ada ke yang nak pandang dan hargai aku ? 
lalu dia menjawab satu nama yang sudah hampir 4 tahun aku kenalinya sejak dari aku belajar dulu hingga kini . aku tak boleh nak kata apa , sebab bukan aku pilihan dia , bukan aku yang berada di hati dia . bukan aku yang boleh pikat dia . dalam hati dia ada pilihan lain , ada yang dia suka , ada yang dia sayang . adakala aku mula berputus asa untuk mencuba , tapi aku tetap menjadi magnet yang masih lagi menunggunya sehingga aku menjadi pilihan hatinya satu hari ini . mungkinkah itu satu khayalan ?

if tomorrow never comes ,
aku cuma nak luahkan yang aku still lagi sayang and berharap balasan cinta dari kau sehingga mana aku masih lagi berkawan dengan kau . tapi jika aku tidak dipandang , tolonglah segera cari seseorang yang mampu temani diri kau untuk aku undur diri .

Monday, April 21, 2014

entri pertama :: kembali semula

kembali aku semula ke kancah dunia penulisan blog kali ini kerana aku tidak ada apa - apa aktiviti yang ingin dilakukan kini . alhamdulillah , tiada perubahan pada UI blog kali ini , masih sama seperti kali terakhir aku tinggalkan semua ini . jadi tunggu lah episod entri yang seterusnya ..